ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo C40 Recharge terima penarafan 5-bintang Euro NCAP 2022

Berita Tempatan

Views

Meneruskan legasi ‘kereta paling selamat’ di jalan raya, model elektrik penuh Volvo C40 Recharge baru-baru ini telah menerima penarafan keselamatan 5-bintang Euro NCAP 2022, sekali gus mengikut jejak langkah model-model terdahulu.

Ini secara tidak langsung menyaksikan, kesemua model Volvo yang dijual pada ketika ini telah menerima penarafan 5-bintang menerusi ujian penilaian yang dilakukan oleh Euro NCAP.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

C40 Recharge mendapat markah tertinggi dalam keselamatan penumpang dan sistem bantuan pemandu, dibantu oleh salah satu tawaran keselamatan standard yang paling luas dalam segmennya.

Teknologi keselamatan ini ini membantu pemandu mengesan dan menghindari perlanggaran, kekal di lorong mereka dan mengurangkan kesan dari terbabas secara tidak sengaja.

Ketua Pusat Keselamatan Kereta Volvo, Malin Ekholm berkata, tidak kira model mana Volvo yang dipilih, anda dan orang tersayang akan memandu salah satu kereta paling selamat di pasaran.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Dilancarkan pada 2021, C40 Recharge ialah model elektrik sepenuhnya yang kedua dari  Volvo Cars. Pada tahun-tahun yang mendatang, Volvo Cars merancang untuk melancarkan keluarga baharu kereta elektrik tulen.

Volvo Cars ialah pembuat kereta pertama yang begitu komited ke arah elektrifikasi dan menyasarkan untuk memasarkan hanya kereta elektrik tulen menjelang 2030.

Menjelang 2025, ia menyasarkan separuh daripada jumlah globalnya terdiri daripada kereta elektrik tulen. Mencerminkan cita-cita Volvo Cars untuk menjadi peneraju industri dalam keselamatan, model Volvo generasi akan datang turut disasarkan untuk memenuhi piawaian baharu dalam keselamatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply