ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Myvi 2020 diperbaharui – Kini dengan ASA 2.0 dan warna baharu Electric Blue!

Berita Tempatan

Views

Perodua hari ini memperkenalkan Myvi 2020 yang dipertingkatkan dengan ciri keselamatan serta warna luaran baharu. Tempahan model hatchback kompak kegemaran Malaysia ini juga telah dibuka di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.

Kini sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0) ditawarkan pada 1.5 AV dan 1.5 H, serta ditawarkan secara pilihan pada 1.3 X. Sebelum ini sistem tersebut hanya terdapat pada varian 1.5 AV. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, dengan adanya ASA 2.0, Myvi kini membawa teknologi keselamatan canggih kepada rakyat dengan menjadikannya mampu milik.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Myvi kini boleh didapati dalam warna luaran baharu iaitu Electric Blue (untuk semua varian). Selain itu, warna sedia ada seperti Ivory White, Glittering Silver, Lava Red dan Granite Grey (kini untuk semua varian kecuali 1.3 G) turut ditawarkan.

Sistem ASA yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran membuat penampilan kali pertama pada Myvi generasi ketiga pada 2017. Sistem keselamatan ini merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 30 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 30 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

ASA 2.0 pula diperkenalkan pada Aruz buat julung kalinya pada tahun lalu. Ia mempertingkatkan ciri Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j) dan meningkatkan kelajuan operasi Amaran Pra-Pelanggaran dan Brek Pra-Pelanggaran kepada 100 km/j dan 80 km/j.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

ASA 2.0 kemudiannya diperkenalkan pada Axia 2019 dan Bezza 2020, dan kini pada Myvi, yang terus didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu). Tambah Datuk Zainal lagi, Myvi yang diperbaharui kini terdapat di semua pusat jualan Perodua di seluruh negara dan penasihat jualan yang sah bersedia membantu dan menjawab segala pertanyaan anda mengenai versi terbaharu ini.

Berikut adalah senarai harga Myvi 2020:

Perodua Myvi 2020
VarianHarga
1.3 G MTRM41,292
1.3 G ATRM43,029
1.3 X ATRM44,959
1.3 X AT (dengan ASA 2.0, baharu)RM46,959
1.5 H AT (dengan ASA 2.0, baharu)RM50,530
1.5 AV AT (ASA dipertingkatkan ke 2.0, baharu)RM52,697
Semua harga atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia, mengambil kira pengecualian cukai jualan oleh pihak kerajaan yang akan berlangsung sehingga 31hb Disember 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply