ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Alza 2022 (D27A) sah dilancarkan 20 Julai, siaran langsung bermula jam 12 tengah hari

Berita Tempatan

Views

Seperti yang kami war-warkan dalam artikel terdahulu, laman Facebook rasmi Perodua hari ini mengesahkan yang mereka bakal melancarkan MPV tujuh-tempat duduk, Alza 2022 (D27A), pada Rabu minggu depan bersamaan 20 Julai 2022.

Majlis tersebut bakal disiarkan secara langsung secara dalam talian di laman Facebook Perodua mulai jam 12 tengah hari.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Alza 2022 (D27A) ditawarkan dalam tiga pilihan varian dan berikut adalah senarai harga tentatifnya mengikut varian (harga tanpa insurans dan termasuk cukai jualan):

  • Alza 1.5L X (CVT) – RM62,000
  • Alza 1.5L H (CVT) – RM68,000
  • Alza 1.5L AV (CVT) – RM75,000

Model yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) ini dikuasakan oleh enjin 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) yang digandingkan bersama transmisi D-CVT dengan pilihan mod pemanduan (NormalEco dan Power).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Tempahannya telah pun mula dibuka sejak 23 Jun lalu dan dijangka dilancarkan secara rasmi pada awal bulan Julai nanti.

Aksesori GearUp untuk Alza 2022 (D27A) turut ditawarkan, antaranya kit badan Prime, sarung tempat duduk Prime, plat skuf LED, pencahayaan lantai, visor pintu, alas kaki, lapik barangan, penebat hud, sambungan wayar abah-abah dan pakej utiliti.

Harga bermula dari RM75.00 sehingga RM2,500.00 bergantung kepada pilihan aksesori. Untuk kit badan pula, ia ditawarkan untuk semua pilihan warna. Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The All-New Perodua Alza Digital Premiere

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply