ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nahas Elmina: Tindakan pantas guru tadika memecut kenderaannya selamatkan dua anak murid

Berita Tempatan

Views

Tindakan pantas guru tadika memintas sebuah kenderaan di depannya, menyelamatkan dia dan anak muridnya daripada menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Masikah Ta’ibah Zakaria, 25, berkata, dia bersama dua anak muridnya melalui Elmina selang beberapa saat sebelum kejadian letupan pesawat akibat nahas itu berlaku.

“Seperti biasa, dari tadika di Denai Alam saya melalui kawasan itu ke Subang Bestari untuk menghantar dua beradik itu ke rumah.

“Sebenarnya, sebelum pesawat jatuh, saya dah nampak sebelum jambatan Elmina yang pesawat nak ‘landing‘, jadi saya tak fikir apapun hingga saya cemas apabila terdengar bunyi enjin pesawat sangat kuat dan berdekatan dengan kereta.

“Waktu itu saya hanya fikir nak selamatkan diri dan ada dua nyawa lagi di tempat duduk belakang, jadi saya menekan injak pemecut dan beberapa saat selepas itu saya lihat melalui cermin sisi ada letupan di belakang kami,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Video kereta wanita itu memecut laju memintas kereta dipercayai milik pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari beberapa saat sebelum letupan berlaku di belakang mereka tular di TikTok dan Instagram, semalam yang turut disahkan ibu kanak-kanak itu.

Bercerita lanjut, Masikah berkata, dia demam kerana masih terkejut dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya dan anak murid, malah tidak menyangka rupanya dia memintas kereta pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin.

“Saya masih tak sangka boleh terselamat daripada nahas itu dan rasa sangat bersyukur Allah lindungi saya dan anak yang saya bawa selamat.

“Saya percaya Allah gerakkan hati saya untuk memecut laju hari itu dan saya anggap ini juga satu peringatan buat saya supaya berhati-hati dan lebih berwaspada lagi,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada dua beradik itu yang mahu dikenali sebagai Lily berkata, dia melakukan sujud syukur sebaik saja menerima khabar dua anaknya Maliq Adam Malik Faisal dan Maliq Farhan masing-masing berumur enam dan empat tahun terselamat daripada nahas itu, petang kelmarin.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Saya baru saja selesai solat ketika dihubungi pihak tadika yang bertanyakan keadaan dua anak sebelum mereka memaklumkan kereta dipandu guru anak saya terselamat daripada nahas itu.

“Hari itu, saya hampir kehilangan anak tetapi syukur Allah lindung dua anak istimewa saya dan ini mengingatkan saya jika seseorang itu terlepas daripada bencana, pasti ada kebaikan dia buat atau doa seorang ibu, saya tak tahu apa kebaikan guru itu lakukan, tetapi saya percaya ini semua kuasa Allah dan ada hikmahnya,” katanya.

Katanya, dua beradik itu sukar melahirkan perasaan mereka selepas kejadian itu berikutan Maliq Adam menghidap austime manakala Maliq Farhan masalah pertuturan lambat.

“Saya tidak tahu mereka trauma atau tidak, tapi apa yang pasti mereka melihat nahas itu berlaku di belakang mereka kerana keduanya-duanya cuba bercakap dengan saya mengenai api dan ‘boom’.

“Hubungan saya dengan guru itu juga tidak terhenti, malah saya terhutang nyawa dengan guru anak saya itu dan berterima kasih dengannya dan sampai bila-bila pun saya akan simpan kenangan ini, suatu hari apabila mereka besar jika umur saya masih panjang, saya akan ceritakan mereka pernah terlepas daripada nahas itu,” katanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply