ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan PERKESO

Berita Tempatan

Views

Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kata Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Katanya, beliau telah mengarahkan PERKESO mengambil tindakan proaktif dengan menyemak status kelayakan 10 mangsa terbabit dalam nahas itu mengikut peruntukan perlindungan PERKESO, sejurus menerima berita berhubung tragedi berkenaan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sivakumar berkata, hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Katanya, melalui skim-skim diperuntukkan dalam akta tersebut, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurutnya, setakat ini, PERKESO sudah membuat bayaran FPM kepada tiga keluarga mangsa yang telah memberikan maklumat awal, sementara empat lagi keluarga mangsa belum memberikan maklumat.

Justeru, anggota PERKESO di pejabat berkaitan mengikut lokaliti waris diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga bagi menghulurkan bantuan selayaknya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit myD, Taiteh & Choè

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply