ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nahas pesawat Sriwijaya Air, SJ182 – Cebisan tubuh manusia ditemui di lokasi nahas

Berita Global

Views

Sinar Harian melaporkan, kapal peronda Kementerian Perhubungan Indonesia menemui beberapa cebisan tubuh manusia di lokasi nahas pesawat Sriwijaya Air, SJ182 di Kepulauan Seribu hari ini. Kapten Eko berkata, mereka membuat rondaan itu selepas menerima aduan daripada nelayan yang terdengar bunyi letupan seperti guruh yang kuat.

Hasil pemeriksaan mereka, ia seperti cebisan daging manusia. Selain itu, mereka juga menjumpai sisa tumpahan bahan bakar di kawasan perairan itu yang mempunyai kedalaman 15 hingga 16 meter. Terdahulu, Bupati Kepulauan Seribu, Djunaedi menerus laporan Kompas.com mengesahkan pesawat Boeing 737 dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Susulan itu, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dikerahkan ke lokasi nahas tersebut dan dijangka tiba pada esok. Menurut Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Basarnas, Suryo Aji berkata, mereka sedang berusaha mengenal pasti titik koordinat lokasi SJ182 terhempas antara Pulau Lancang dan Pulau Laki di Kepulauan Seribu.

Katanya, ia adalah bagi memudahkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di sekitar kawasan tersebut. Tambahnya, pemancar ELT atau alat pemancar lokasi kecemasan didapati tidak memancarkan isyarat dan pihaknya perlu menyiasat mengapa alat tersebut pada pesawat malang itu tidak aktif semasa nahas.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Terdahulu, pesawat membawa 62 penumpang termasuk tiga bayi dan 12 kru dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan lalu lintas selepas ia mencapai ketinggian 3,350 meter sebelum ia menjunam dan kemudiannya ‘hilang’.

Data FlightRadar24 mendapati keadaan itu dikatakan berlaku dalam tempoh kurang 60 saat dan kira-kira empat minit sejurus pesawat itu berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di ibu negara, Jakarta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply