ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota GR Yaris dan Vios GR Sport dapat sambutan hangat

Berita Tempatan

Views

Tak sampai sebulan dilancarkan, Toyota GR Yaris dan Vios GR Sport telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan tempahan melebihi jangkaan. Toyota hanya akan mengeluarkan 25,000 unit GR Yaris untuk seluruh dunia dan pasaran Malaysia cuma mendapat sebanyak 200 unit sahaja.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Model hatchback ‘Homologasi Khas’ ini dibangunkan dari pengalaman Toyota menerusi penyertaan dan kejayaan mereka dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC).  Vios GR-S pula merupakan varian terkini dari model sedan tersebut dengan ciri berorientasikan prestasi dan penalaan suspensi.

Ia dibangunkan secara eksklusif untuk pasaran tempatan dan menawarkan ‘karektor jentera lumba’ dengan keselesaan untuk kegunaan harian. Harga yang ditawarkan untuk GR Yaris bermula dari RM299,000, manakala Vios GR-S dijual pada harga RM95,284 dan hanya terdapat di pengedar sah Toyota dengan GR Garage.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan GR Supra, barangan GR untuk meningkatkan penampilan dan prestasi model Toyota serta sokongan selepas jualan. Menurut Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama, pihaknya amat gembira dengan maklum balas untuk model baharu GR, khususnya untuk GR Yaris.

Untuk pasaran Malaysia, GR Yaris hanya didatangkan dengan pakej standard Performance Pack. Sebagai tambahan, UMW Toyota Motor turut menawarkan Pakej Pembeli Terawal (terhad kepada 65 tempahan pertama) yang merangkumi beg topi keledar eksklusif, model skala GR Yaris dan mengikuti aktiviti Pengalaman Memandu GR Yaris 2021, dengan keseluruhan pakej bernilai RM5,000.

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota GR Yaris

Toyota Vios GR Sport

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply