ARKIB

KATEGORI

Tular

Suami dibuang kerja dan terpaksa tinggal dalam Proton Wira lama – Warga Kuantan sepakat bantu keluarga ini

Berita Tempatan

Views

Sejak malam tadi tular tangkap layar dari aplikasi Whatsapp dan juga foto di beberapa group komuniti Kuantan yang memaparkan keperitan sebuah keluarga muda yang terpaksa tinggal dalam sebuah Proton Wira lama. Difahamkan ketua keluarga ini dibuang kerja dan dua anak mereka yang masing-masing berusia 1 tahun dan 2 tahun kelaparan di dalam kereta hingga terpaksa memohon bantuan barangan makanan.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Tambah menyedihkan mereka terpaksa menumpang seketika di dalam kawasan stesen minyak Shell di Taman Tas kerana tiada wang untuk mengisi minyak. Kisah itu kemudiannya tular setelah dikongsi ribuan warganet dan dengan pantasnya warga Kuantan bersatu hati untuk menghulurkan bantuan buat keluarga malang ini tidak kira bangsa mahupun agama.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Ada di antara warganet sanggup turun padang dengan memberikan bantuan berupa makanan, wang tunai dan membantu mengisi minyak kereta mereka. Bukan itu sahaja, malah menurut status terkini, keluarga ini turut diberikan penginapan sementara di sebuah hotel bajet yang terletak di Jalan Teluk Sisek untuk dua malam.

Semoga ketua keluarga ini ditawarkan pekerjaan dan dipermudahkan segala urusan mereka. Syabas warga Kuantan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply