Pemandu treler yang terlibat dalam nahas mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara Khamis lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Kangsar, hari ini.
KOSMO ONLINE melaporkan, tertuduh, Mohammad Amirul Aznizam, 28, didakwa di mahkamah berkenaan atas lima pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian kesemua mangsa.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
Bagaimanapun, bapa kepada tiga anak itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Amirul yang memandu treler jenis Volvo didakwa telah memandu kenderaan tersebut secara berbahaya dan menyebabkan kematian Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19; Muhammad Nasrun Aidol Munir, 22, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di dalam daerah Kuala Kangsar pada pukul 1 pagi, 12 Mei 2022.
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 selain hilang kelayakan lesen memandu, jika sabit kesalahan.
Menerusi laporan media Khamis lalu, lima pelajar USAS yang dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke rumah sewa mereka di Taman Chandan Puteri di sini, maut setelah kereta jenis Honda City yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar.
Dalam kejadian itu, kesemua pelajar terbabit rentung selepas kereta dan treler muatan besi pagar yang melanggar dari belakang itu terbakar kira-kira 90 peratus.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
KOMEN TERKINI