ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan Penampang-Tambunan terputus akibat hujan lebat

Berita Tempatan

Views

Hujan lebat yang berterusan mengakibatkan jalan utama menghubungkan daerah Penampang-Tambunan terputus akibat runtuhan di Kilometer 52.35, hari ini.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Berita Harian melaporkan, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan, berkata runtuhan jalan berhampiran Air Terjun Masakob itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 malam tadi.

Katanya, jalan runtuh kira-kira 30 meter, dipercayai akibat hujan lebat berterusan. Jalan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan dan kini dikategorikan sebagai berbahaya.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Tambahnya, pengguna boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Ranau-Tambunan melalui Jalan Kimanis-Keningau.

Farhan berkata, bomba juga sudah memasang tanda amaran kepada pengguna jalan supaya tidak melalui jalan berkenaan. Katanya, setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kenderaan di tempat kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply