ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tragedi kepala air, dua individu lemas manakala lapan lagi masih hilang

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, di sini pada Ahad, sementara lapan lagi dikhuatiri masih hilang.

Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Superintenden Ahmad Syukri Yusoff berkata, dua korban pertama telah ditemukan masing-masing pada jam 12.45 tengah hari pada Ahad.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Mayat pertama iaitu seorang wanita ditemui orang ramai di tebing sungai berhampiran Kubur Kampung Laut, Pasir Gajah, Kemaman manakala mayat kedua iaitu seorang lelaki ditemui di atas kayu di tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih.

Pemantauan di lokasi kejadian menemui sebuah kereta jenis Proton Gen 2 bernombor pendaftaran JHY 5517 dan sebuah motosikal jenis SYM dengan nombor pendaftaran CER 5753 lebih kurang dua kilometer dari lokasi penemuan mayat kedua.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurutnya, hasil siasatan awal pada kedua-dua mayat tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau kesan pelakuan jenayah.

Mangsa didapati lemas kesan daripada kepala air yang berlaku di lokasi kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti. Mayat telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azrah Maisara

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply