ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis hambat lelaki pandu Honda Stream ‘klon’ sejauh 100 km

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki yang dipercayai menggunakan kereta klon berjaya ditahan polis selepas melarikan diri kira-kira 100 kilometer di daerah Dungun semalam.

Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 30-an berjaya ditahan pada pukul 1.30 tengah hari di Kampung Che Lijah di Dungun selepas polis berjaya meminta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Stream dipandunya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Difahamkan, suspek dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran Gambang, Kuantan, Pahang oleh sebuah kereta peronda polis yang sedang melakukan rondaan.

Suspek dikatakan bertindak memecut laju kenderaannya sebaik sahaja anggota polis bertugas mengarahkannya memberhentikan kenderaan.

Lelaki tersebut kemudiannya memecut laju kenderaannya keluar dari Plaza Tol Cheneh dan melalui Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman sebelum berjaya dipintas di Kampung Che Lijah.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Hasil semakan mendapati kenderaan yang dipandu suspek didaftarkan atas nama individu lain dan nombor enjin kenderaan juga dipercayai telah diubahsuai.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penangkapan lelaki tersebut.

Baharudin berkata, lelaki tersebut bersama kenderaan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply