ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak tukar cat atau warna kenderaan anda? Rujuk panduan JPJ ini dahulu!

Info

Views

Anda ada perancangan nak tukar cat atau warna kenderaan anda? Jangan main tukar sembarangan sahaja! Mungkin ada dikalangan anda masih tidak tahu prosedur untuk menukar warna kenderaan. Ini panduan yang telah dikongsikan di laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia tentang bagaimana cara untuk berurusan di JPJ.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Panduannya mudah sahaja dan hanyaa perlu ikut enam langkah ini:

  • Pergi ke bengkel dan cat dahulu kenderaan anda.
  • Setelah kereta siap dicat dengan warna baharu, anda perlu hadir ke Pejabat JPJ yang berhampiran.
  • Sekiranya kenderaan diwarnakan melebihi dari satu warna, warna yang paling banyak atau dominan di anggap warna kenderaan tersebut.
  • Kemudian isi Borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serahkannya kepada Pegawai JPJ yang bertugas.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

  • Pegawai yang bertugas akan mengemaskini maklumat kenderaan dalam sistem MySikap.
  • Tiada bayaran dikenakan.

Merujuk kepada Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi suatu Notis Arah Periksa atau PG1. Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan dan bukanlah saman kerana tukar warna kenderaan.

Semoga informasi ini memberi manfaat buat semua!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply