ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza rayu kerajaan benarkan sektor automotif untuk kembali beroperasi

Berita Tempatan

Views

Naza Automotive Group, cabang automotif di bawah Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. (Naza), merayu kerajaan untuk membenarkan sektor automotif untuk meneruskan operasi.

Ini kerana keseluruhan rantaian bekalan di sektor ini terjejas teruk, berikutan penutupan operasi sepenuhnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipertingkatkan di negeri dan kawasan seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Pegawai Eksekutif Naza Automotive Group, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata, kebanyakan syarikat automotif utama untuk pengeluaran kenderaan dan komponen berada di kedua-dua negeri ini.

Gangguan perniagaan dan rantaian bekalan yang berpanjangan akan membawa kesan buruk kepada industri, terutama disebabkan oleh industri automotif tempatan amat bergantung kepada pasaran domestik.

Penutupan berterusan penjualan kenderaan, pengeluaran dan pengedaran kenderaan bermotor, komponen dan alat ganti, penutupan bilik pameran, pusat pengedaran dan penutupan operasi sepenuhnya, akhirnya bakal menyebabkan perniagaan kecil ‘gulung tikar’.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Senario ini akan membawa pemberhentian pekerja dan kemungkinan kesan yang mendalam dan berpanjangan kepada pasaran kerja.

Situasi ini bukan hanya menyusahkan pengguna, malah melibatkan risiko kepada pemilik kenderaan kerana penggunaan kenderaan yang tidak diservis secara berterusan dan ketidakupayaan untuk mengganti komponen yang rosak ketika diperlukan.

Naza berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada situasi semasa industri dan membenarkan aktiviti Sektor Automotif beroperasi dengan segera, tertakluk pada pematuhan prosedur operasi standard yang ketat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply