Sebelum ini ramai peminat jenama Honda/Acura ‘terciduk’ setelah mereka mendapat tahu foto intip model generasi baharu Honda/Acura Integra Type R adalah versi palsu yang sengaja direka oleh individu yang mahir dalam perisian grafik.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Namun, iklan acah Acura Integra terbaharu ini sudah pasti dapat mengubat kedukaan itu. Acura baru-baru ini telah mengumumkan nama Integra akan dijelmakan semula sempena Monterey Car Week.
Pengumuman ini disahkan lagi dengan satu video acah yang memaparkan imbasan bentuk lampu depan, lampu siang LED (DRL), jeriji dan logo Integra yang diukir di bawah lampu tersebut.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Kebetulan pula ada persamaan antara lampu Integra baharu dengan model semasa Acura TLX Type S, terutama sekali reka bentuk lampu utama dan juga DRLnya. Selain itu, jeriji depannya juga mempunyai bentuk sudut yang serupa dengan TLX.
Menurut Naib Presiden dan Pegawai Jenama Acura, Jon Ikeda, beliau dengan rasa terujanya mengumumkan nama Integra akan kembali dalam barisan model Acura. Integra baharu dijangka bakal diperkenalkan tahun depan dan Acura akan memberikan butiran lebih terperinci menjelang pelancarannya.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Acura dan Kurt Bradley
Foto kredit Acura TLX Type S 2022
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI