ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Jimny 5-pintu dan Fronx buat debut global di Auto Expo 2023

Berita Global

Views

Maruti Suzuki hari ini memperkenalkan dua model SUV terbaharu mereka iaitu Jimny 5-pintu dan Fronx, bersempena pameran Auto Expo 2023, India.

Jimny 5-pintu berkongsi pelantar, rangkaian kuasa, transmisi dan komponen dengan model global dan tempahannya kini mula dibuka. Model 5-pintu ini akan memasuki segmen gaya hidup yang kini didominasi oleh Mahindra Thar.

Ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5-liter yang menjana 103 kuasa kuda dan 134.2 Nm daya kilas pada 4,000 rpm. Enjin ini disambungkan kepada pilihan transmisi sama ada 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Jimny 5-pintu turut dilengkapi dengan sistem AllGrip Pro 4WD dengan Gear Julat Rendah. Model Fronx pula adalah SUV subkompak yang berasaskan pelantar Heartect.

Fronx bakal berentap dengan Hyundai Venue dan Tata Nexon dan akan dijual menerusi rengakai pengedar Nexa. Model SUV subkompak ini banyak dipengaruhi oleh gaya reka bentuk Grand Vitara.

Dimensinya pula berukuran 3,995 mm panjang, 1,765 mm lebar dan 1,550 mm tinggi, manakala jarak antara rodanya adalah 2,520mm. Ruang bagasi model ini mampu memuatkan sehingga 308 liter.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Ruang kabinnya boleh dikatakan seiras dengan model hatchback Baleno, dengan skrin sesentuh ‘gaya terapung’ bersaiz 9-inci, pengecas nirwayar, paparan dongak serta kamera 360 darjah.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi sehingga enam beg udara, kawalan kestabilan kenderaan (ESC) bantuan mendaki dan banyak lagi. Fronx ditawarkan dengan dua pilihan enjin petrol, 1.0-liter Boosterjet dan 1.2-liter K Series.

Enjin Boosterjet yang dipadankan dengan teknologi hibrid ringan SHVS ini mampu menjana 99 kuasa kuda dan 148 Nm daya kilas. Rangkaian kuasa ini digandingkan dengan pilihan transmisi sama ada 5-kelajuan manual atau 6-kelajuan automatik.

Enjin 1.2-liter K Series pula mampu menghamburkan 89 kuasa kuda dengan 113 Nm daya kilas dan ditawarkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau AMT.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Manorama Fasttrack dan Amaan Ahmed

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply