ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nenek antara 5 individu ditahan kerana mengugut serta menikam tayar kenderaan JPJ

Berita Tempatan

Views

Astro AWANI melaporkan, polis menahan lima individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta melakukan ugutan jenayah menggunakan parang terhadap sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jitra, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, salah seorang suspek turut bertindak menikam tayar kenderaan utiliti sukan (SUV) penguat kuasa JPJ. Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, terdahulu sepasukan empat penguat kuasa JPJ mengarahkan sebuah van dinaiki empat individu termasuk dua wanita supaya berhenti untuk pemeriksaan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Bagaimanapun, pemandu van lelaki berusia 20-an itu enggan berhenti menyebabkan penguat kuasa JPJ mengekorinya. Dia kemudian berhenti di hadapan sebuah pasar raya di Jitra. Pemeriksaan kemudian mendapati pemandu van terbabit tiada lesen memandu selain cukai jalan dan sijil pemeriksaan Puspakom van itu tamat tempoh.

Tambah beliau, secara tiba-tiba, seorang wanita berusia 45 tahun turun dari van dan membuat provokasi dengan mengatakan anggota penguat kuasa JPJ bersikap kurang ajar kerana menakutkan cucunya dengan membunyikan siren.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Katanya, ketika hendak mengeluarkan kompaun, anggota JPJ terbabit ditolak seorang penumpang lelaki van berkenaan yang turut membuat ancaman jenayah sambil menunjukkan sejumlah wang dipercayai bertujuan mengaibkan penjawat awam.

Ketika itu seorang lagi lelaki berusia 40-an keluar dari premis berhampiran dengan bersenjatakan sebilah parang dan mengacukannya ke arah anggota JPJ terbabit sambil mengeluarkan ugutan yang mengancam nyawa. Lelaki itu kemudian menikam tayar hadapan sebelah kiri kenderaan JPJ menyebabkannya pecah

Bertindak atas maklumat, Mohd Ismai berkata, sepasukan polis kemudian menahan tiga lelaki dan dua wanita disyaki terbabit dalam kes berkenaan tidak lama kemudian. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 353, Seksyen 427 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan selain Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Astro AWANI

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply