ARKIB

KATEGORI

Buletin

SOP PKPB : Tiga orang dalam satu rumah dibenarkan menaiki kenderaan

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik bagi mereka yang tinggal di negeri-negeri yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Dalam sidang media hariannya petang tadi, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, bermula hari ini tiga orang dibenarkan di dalam satu kenderaan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Ia selepas pihaknya mengadakan perbincangan dalam Mesyuarat Khas yang berlangsung hari ini. Beliau berkata, kerajaan mendengar banyak pandangan berhubung isu bilangan individu yang dibenarkan dalam satu kenderaan.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Jelas beliau, selepas berbincang, sidang khas hari ini membuat ketetapan untuk membenarkan tiga orang dari rumah yang sama dalam satu kenderaan berkuatkuasa hari ini. Tambah beliau, ia juga bagi memudahkan pihak polis membuat penguatkuasaan dan selaras dengan jumlah yang dibenarkan bagi kenderaan teksi dan seru-pandu (e-hailing).

Katanya lagi, sebelum ini kerajaan menetapkan hanya dua orang di dalam satu rumah menaiki kenderaan. Selain itu, tiada ketetapan dibuat kerajaan bagi penumpang untuk duduk di bahagian depan atau belakang asalkan tidak melebihi jumlah yang telah ditetapkan di dalam satu kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply