ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Flagship Store kini di Lazada – Yuran tempahan RM 250 dan Mesin Kopi Nescafe bernilai RM 598 percuma sempena Jualan 5.5!

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) secara rasminya melancarkan Nissan Flagship Store di platform e-dagang Lazada semalam. Bersempena dengan Jualan 5.5, pelanggan boleh menempah model Almera 1.0L Turbo, Navara baharu, X-Trail atau Serena S-Hybrid dengan yuran tempahan serendah RM 250.

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

Bukan itu sahaja, 55 pelanggan terawal pula bakal mendapat Mesin Kopi Nescafe bernilai RM 598 secara percuma! Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan, pihaknya begitu teruja untuk mengembangkan model keluaran mereka di Lazada bagi mereka yang sukakan pembelian mudah hanya di hujung jari.

Model Almera 1.0L Turbo kini didatangkan dengan pakej aksesori bernilai sehingga RM 5,500 dan tawaran pembiayaan Flexi Financing serendah RM 540 sebulan. Promosi Khas Penjawat Awam pula menawarkan Almera 1.0L Turbo varian VL dengan harga bermula dari RM 71,906 sahaja.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

‘Ibu trak’, Navara 4×4 2.5L Turbo Double-Cab baharu pula didatangkan dengan pelbagai teknologi tercanggih, termasuklah ciri bantuan pemandu dan keselamatan Nissan Intelligent Mobility. Trak pikap ini juga ditawarkan dengan pembiayaan Flexi Financing serendah RM 950 sebulan.

X-Trail turut didatangkan dengan pakej aksesori IMPUL atau Aero Edition yang bernilai sehingga RM 5,600, manakala Serena S-Hybrid didatangkan dengan servis penyelenggaraan percuma selama 3 tahun termasuk alat ganti dan upah. Layari laman Nissan Flagship Store di Lazada untuk mengetahui lebih banyak tawaran yang menarik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply