ARKIB

KATEGORI

Buletin

Semua pengedar sah Volkswagen di Malaysia bertaraf pusat 3S atau 4S

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan kesemua pengedar sahnya di seluruh negara kini adalah pusat 3S atau 4S. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Volkswagen Cares bagi meningkatkan pengalaman pemilikan buat pelanggan.

Ketika ini terdapat 17 pengedar Volkswagen dan satu rakan servis, yang berada di lokasi strategik seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan jualan serta selepas jualan. 14 daripanya merupakan pusat 4S, tiga adalah pusat 3S, manakala satu lagi merupakan pusat 2S.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Kesemuanya dilengkapi dengan kepakaran dan fasiliti untuk mengendalikan perkhidmatan badan dan cat. Selain itu, VPCM sentiasa bekerjasama dengan rakan kongsi pengedarnya untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan profesional, prihatin dan bertahap tinggi.

Usaha ini terbukti dalam penilaian Car.Advisor yang diberikan oleh pelanggan. Volkswagen Malaysia telah menerima purata 4.93/5 bintang untuk pengalaman jualannya di Car.Advisor, manakala perkhidmatan selepas jualan menerima 4.76/5 bintang (keputusan tahunan ini adalah pada April 2022).

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Car.Advisor ialah platform pihak ketiga bebas yang menguruskan kepuasan pelanggan untuk jenama Volkswagen. Penilaian dan ulasan untuk setiap pengedar ditunjukkan secara telus di laman sesawang dan boleh diakses oleh orang ramai.

Pengarah Urusan VPCM,  Erik Winter berkata, dengan rangkaian pusat 3S dan 4S yang kukuh, pihaknya menyediakan kemudahan untuk pemilik Volkswagen dari seluruh negara.

Tambah beliau, pihaknya juga mengamalkan ketelusan dengan kepuasan pelanggan kerana penilaian dan ulasan boleh diakses memerusi laman sesawang Car.Advisor dan ini mendorong mereka dan rakan kongsi pengedar untuk terus menambah baik penawaran mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply