ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan siar iklan promo Almera Turbo – Boleh pandu uji hujung minggu ini

Berita Tempatan

Views

Nampaknya persaingan antara pengeluar kereta semakin rancak apabila memasuki suku terakhir tahun ini. Sejak semalam, laman Facebook rasmi Nissan Malaysia mula menyiarkan iklan promo pertama sedan yang dinanti-nantikan tahun ini, Almera Turbo.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Video berdurasi satu minit yang bertemakan “Challenge All Beliefs” itu memaparkan beberapa individu yang mempunyai kerjaya yang berbeza seperti chef, pelumba basikal dan model. Selain itu ia memaparkan sebuah Almera Turbo dengan warna baharu Radiant Red yang diselitkan dengan beberapa ciri canggih dan juga prestasi enjinnya. Selain itu, buat pertama kalinya Edaran Tan Chong Motor (ETCM) selaku pengedar Nissan di Malaysia menggunakan logo baharu dan ia menjadi imej korporat baharu jenama tersebut.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Menerusi satu hantaran ringkas bersama dengan video tersebut, Nissan turut mengumumkan sesi pandu uji Almera Turbo akan diadakan di beberapa lokasi terpilih mulai hujung minggu ini  (10 Oktober 2020) dan anda turut berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 15 unit telefon pintar iPhone SE menerusi peraduan “Pandu Uji Dan Menang”.

Berikut adalah senarai lokasi pandu uji Nissan Almera Turbo:

KAWASAN10 & 11 OKT17 & 18 OKT24 & 25 OKT
TENGAHETCM PUCHONG
ETCM JALAN RAJA LAUT
ETCM SHAH ALAM
ETCM KEPONG
ETCM PETALING JAYA
ETCM SERDANG
ETCM BANGI
ETCM BUKIT TINGGI
ETCM GLENMARIE
UTARAETCM BAYAN LEPAS
ETCM IPOH
ETCM ALOR SETAR (16 & 17)
ETCM SG. PETANI (16 & 17)
ETCM SITIAWAN
ETCM BUTTERWORTH
ETCM PENANG
ETCM KANGAR
ETCM TAIPING
ETCM TELUK INTAN
SELATANETCM SEMABOK
ETCM SEGAMAT
ETCM SEREMBAN
ETCM KLUANG
SEREMBAN VICTORY CREDIT, N. SEMBILAN
SPEEDWAY MOTOR CREDIT, TEBRAU, JOHOR BAHRU
KULAI PUBLIC MOTOR, KULAI, JOHOR
SINCERE SCOPE, JOHOR BAHRU
SKK MOTORS, MELAKA
ETCM JOHOR JAYA
PANTAI TIMURETCM KUANTANAEON KOTA BHARU (16 & 17)
ETCM KUALA TERENGGANU (16 & 17)
EDARAN NURI KOTA BHARU, KELANTAN (16 & 17)
MULTIWAY AUTO, PAHANG
ETCM TANAH MERAH
EDARAN NURI KEMAMAN, TERENGGANU

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply