ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nombor pendaftaran CEE 7 dan CEE 9 bernilai RM58,000

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, nombor pendaftaran ‘CEE 7’ dan ‘CEE 9’ telah berjaya mencatatkan bidaan tertinggi dengan masing-masing bernilai RM58,000, menerusi Bidaan Nombor Pendaftaran Secara Dalam Talian (JPJeBID) yang buat kali pertama diperkenalkan di Pahang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Mohammad Abdullah berkata secara keseluruhannya, bidaan nombor pendaftaran siri CEE yang bermula pada 30 Ogos hingga 3 September lalu berjaya memperoleh jumlah kutipan sebanyak RM1.02 juta.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Ia merupakan nilai kutipan bidaan tertinggi yang direkodkan setakat ini, dengan peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding siri nombor pendaftaran CED hanya memperoleh RM895,940.  Faktor peningkatan mungkin disebabkan pengenalan sistem JPJeBID, yang memudahkan urusan bidaan orang awam selain promosi meluas oleh pihak JPJ menerusi media sosial.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks JPJ Pahang di Indera Mahkota. Mohammad menambah nombor pendaftaran CEE 96 mendapat bidaan tertinggi dengan 13 pembida diikuti CEE 11 (12 orang), CEE 33 (11 orang) manakala 9,575 nombor yang tidak dibida akan dibuka kepada umum.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Katanya, mereka yang berjaya membuat bidaan nombor pendaftaran dikehendaki mendaftarkan nombor tersebut pada kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, maka surat keputusan bidaan akan dianggap sebagai luput, dengan bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan semula.

Orang awam yang berminat dengan nombor pendaftaran tidak dibida boleh berurusan di pejabat JPJ seluruh negeri, namun mereka disarankan supaya mendaftar portal JPJ, Mysikap terlebih dahulu. Untuk JPJeBID pertama Pahang, sebanyak 1,879 resit dijual yang membawa kutipan RM18,790 dan daripada jumlah itu, 904 pembida telah mencuba nasib dengan 424 berjaya dalam bidaan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan. Kredit JPJ Negeri Pahang

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply