ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelan Insurans Volkswagen (VIP) diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan program insuransnya, Pelan Insurans Volkswagen atau “VIP”. Ia direka khas untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, VIP menawarkan perlindungan yang komprehensif dan mudah.

Sebagai pemegang polisi, antara kelebihan yang ditawarkan termasuklah kelulusan tuntutan diutamakan, bantuan pinggir jalan dengan perkhidmatan tunda 24 jam, serta jaminan proses baik pulih yang dijalankan di pusat badan dan cat sah Volkswagen. Ia juga mematuhi standard baik pulih dan hanya menggunakan alat ganti tulen Volkswagen sahaja.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Bukan itu sahaja, pelanggan tidak akan dikenakan kos pembaikan berlebihan dan nilai yang dipersetujui sehingga 10 tahun. Semua kelebihan ini melibatkan semua model Volkswagen tanpa mengira usia kenderaan tersebut.

VIP boleh dibeli di mana-mana pengedar sah Volkswagen ketika mendaftar kereta baharu atau memperbaharui cukai jalan. Rakan panel insurans ialah Allianz General Insurance Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad. Allianz menawarkan insurans konvensional, manakala Etiqa pula menyediakan insurans konvensional dan takaful.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu VIP dihasilkan di bawah falsafah Volkswagen Cares. Katanya, dengan VIP, semua pemilik Volkswagen tanpa mengira apa jua model boleh menikmati servis berkualiti dan bantuan pinggir jalan pada nilai terbaik di bawah pelan komprehensif yang ditawarkan secara eksklusif buat mereka..

Tambahnya lagi, penyediaan perkhidmatan tambahan ini di pengedar dapat memastikan keseluruhan proses lebih mudah dan bersepadu. Sekali gus boleh menjadikan pengedar Volkswagen sebagai sebuah pusat sehenti untuk memberi ketenangan minda dan kemudahan kepada pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply