ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz R5 buat penampilan eksklusif dalam WRC 8

Berita Global

Views

Sekali lagi jentera keluaran Proton membuat kemunculan dalam permainan video rasmi Kejohanan Rali Dunia (WRC) setelah Satria Neo S2000 tampil buat kali pertama dalam WRC 3 dan WRC 4 beberapa tahun yang lalu. Kali ini Proton Iriz R5 muncul dalam WRC 8 dan lebih  membanggakan, ia diletakkan dalam video acah (teaser) kereta-kereta rali ikonik sepanjang zaman seperti Lancia Stratos 1974, Ford Escort Mk11 RS1800 1974, Lancia 037 Group B 1983, Porsche 911 GT3 RS (997) dan Volkswagen Polo R WRC 2016.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Antara kesemua jentera ikonik ini, 7 daripadanya memainkan peranan penting dalam Kejohanan Rali Dunia dalam era masing-masing (lebih dari 150 kemenangan WRC secara keseluruhan). Porsche 911 GT3 RS (997) merupakan pendahulu saingan dalam kategori RG-T manakala Proton Iriz R5 ditawarkan secara eksklusif kepada pemain kerana ia bakal menyertai saingan WRC tahun depan.

WRC 8 telah dilancarkan secara rasmi semalam, diedarkan oleh Bigben Interactive manakala pembangunan perisian serta grafik 3Dnya dilakukan oleh Kylotonn. Ia kini ditawarkan untuk versi PC, PlayStation 4 dan Xbox One manakala untuk Nintendo Switch™ hanya akan tiba pada bulan November nanti.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Pemain boleh memilih salah satu antara 50 buah pasukan dan lebih 100 peringkat khas merentasi 14 buah negara untuk musim 2019. Mod untuk pemain-perseorangan telah diolah semula yang merangkumi pengurusan kalendar, penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan prestasi, pengambilan kakitangan dan pengurusan (pasukan mekanik, jurutera, perubatan dan cuaca, pengurus kewangan dan lain-lain).

Bagi mod berbilang pemain (multiplayer) pula, cabaran mingguan dan WRC eSports telah membuat kemunculan semula, namun cabaran dan pertandingan kini lebih sengit. Klik pautan ini untuk mendapatkan permainan WRC 8 sekarang!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply