ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nombor plat ‘AMY 1’ dibida dengan harga RM400K

Berita Tempatan

Views

Nombor plat pendaftaran kenderaan ‘AMY 1‘ yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dibida sebanyak RM400,000 iaitu tertinggi sepanjang tempoh lima hari bidaan dibuka bermula 9 April lalu.

Nilai bidaan itu mengatasi nombor plat kenderaan siri ‘AKU’ seperti AKU 8055 serta AKU 1 yang dikeluarkan pada Ogos 2017. Nombor plat AKU 8055 dibida pada harga RM74,000 manakala RM207,898.90 bagi AKU 1.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan, berkata selepas AMY 1 nombor plat pendaftaran AMY 2 hingga AMY 9 masing-masing dibida pada harga melebihi RM80,000 setiap satu.

Katanya, pihaknya berjaya mengutip hasil bidaan sebanyak RM6 juta bagi nombor pendaftaran siri ‘AMY’ pada sesi berkenaan yang berakhir 13 April.

Masih ada 16 sahaja nombor berbaki membabitkan nombor popular bagi siri AMY ini. Beliau berkata demikian pada program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 peringkat Perak di pekarangan Pasaraya Mydin Meru Raya, semalam.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Hadir sama EXCO Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Hamdan Ali.

Mohammad Yusoff berkata bidaan yang dibuka melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) itu turut mengatasi pendaftaran plat siri ‘AMG’ sebelum ini yang disifatkan rata-rata sebagai pembida ‘Mercedes Lover’ (pengguna kenderaan jenama Mercedes Benz).

“Dengan siri ‘AMY’ sekarang, saya melihat ‘trend’ macam orang banyak duit memandangkan hampir semua nombor-nombor popular sudah dibida dan dimiliki,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak termasuk melalui Lebuh Raya Utara-Selatan sempena sambutan Aidilfitri khususnya pada waktu puncak iaitu pada Jumaat, Sabtu, dan Ahad ini.

Katanya, sepanjang tempoh waktu itu 159 anggota JPJ Perak ditugaskan membuat rondaan dan pemantauan membabitkan dua peralihan waktu tugas sehari.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Mengenai kawasan titik panas (hotspot) berlaku kemalangan, beliau berkata seperti tahun sebelumnya tumpuan utama diberikan terhadap laluan antara Ipoh Utara dan Kuala Kangsar berhampiran kawasan Terowong Menora yang sering berlaku kesesakan teruk.

Katanya, manakala bagi dua daerah yang mencatatkan angka tertinggi kemalangan jalan raya di Perak iaitu Kinta dan Manjung, tumpuan diberikan kepada laluan antara Batu Gajah ke Siputeh dan Ipoh-Siputeh hingga Tronoh bagi daerah Kinta dan beberapa jalan sekitar pusat bandar Seri Manjung menghala Pelabuhan Lumut bagi daerah Manjung.

Jaluan-laluan ini sebenarnya adalah kawasan terdedah kepada kemalangan yang perlu dijaga dengan sejumlah anggota JPJ akan diletakkan di situ.

Bagi mereka dari Selangor yang hendak menuju utara melalui Perak, dicadang menggunakan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) bagi mengelakkan kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan.

“Dan bagi yang dari Gopeng (Ipoh) menghala ke Kuala Kuala Kangsar, disaran menggunakan jalan lama (laluan Persekutuan) melalui Sungai Siput bagi mengelakkan kesesakan khususnya di Terowong Menora,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply