ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengurusan kanan Proton hadiri pelancaran global smart #3, bakal terjah pasaran Malaysia kelak

Berita Global

Views

Delegasi yang terdiri daripada ahli pengurusan kanan Proton kini ‘berkampung’ di Auto Shanghai 2023 bagi menyaksikan pelancaran global model terbaharu smart #3.

Model coupe utiliti sukan itu merupakan model baharu kedua smart selepas #1 dan dijangka membuat penampilan pertamanya di Eropah akhir tahun ini sebelum penjualan bermula.

Proton merupakan pengimport dan pengedar rasmi untuk jenama smart di Malaysia dan Thailand, menerusi anak syarikatnya iaitu Pro-Net.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Mereka bakal melancarkan model pertamanya iaitu smart #1 ke pasaran Malaysia pada suku keempat tahun 2023. Ia kemudiannya akan disusuli oleh smart #3, yang akan mula dijual di China dan Eropah, sebelum ke pasaran lain seperti Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan Pengerusi Pro-Net, Dr Li Chunrong, Proton bakal menceburi arena Kenderaan  Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia tidak lama lagi demi menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan negara sebagai hab serantau untuk kenderaan generasi akan datang (NxGV).

Katanya, langkah pertama mereka ialah melancarkan Proton X90 berkuasa hibrid sederhana diikuti dengan pengenalan smart #1.

Bagaimanapun, berikutan pemeteraian dokumen Perjanjian Pendahuluan dengan Geely awal bulan ini dan seterusnya lawatan Menteri MITI ke kilang pintar Zeekr, pihaknya mempertimbangkan untuk mempercepatkan pengenalan modelnya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Persiapan kini sedang dibuat untuk pelancaran smart #1  dan media yang terpilih telah menjalani sesi pandu uji terhad di litar ujian Proton dan banyak lagi sesi pratonton untuk media serta orang awam akan dirancang sebelum penjualan bermula.

Tambah beliau, memandangkan ia akan menjadi model EV pertama mereka, terdapat banyak bidang yang memerlukan perancangan rapi sebelum melancarkan smart #1.

Pihaknya juga telah merekrut pengedar, membangunkan stesen pengecasan serta mempertimbangkan cara baharu dan inovatif untuk menyampaikan pengalaman jenama, selaras dengan nilai teras smart.

Kata beliau lagi, pihaknya juga akan menambah jumlah model smart di Malaysia pada masa hadapan. Kini segalanya tertumpu bagi memastikan pelancaran #1 dan pelanggan akan menerima sokongan yang diharapkan oleh pembeli produk EV premium.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply