Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Kelantan mendedahkan nombor plat DEN 8 merekodkan bidaan paling tinggi berjumlah RM98,888 sepanjang tempoh lima hari bermula 13 hingga 17 Oktober lalu.
Menurut UTUSAN, pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, ia diikuti oleh DEN 6 (RM71,000) dan DEN 3 (RM68,889) yang merekodkan nilai kedua serta ketiga tertinggi dibida oleh pembeli.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu JPJ negeri merekodkan kutipan sebanyak RM3.26 juta sepanjang tempoh bidaan bagi nombor siri pendaftaran itu sekaligus melipasi sasaran iaitu RM2.6 juta.
Kata beliau, sepanjang tempoh tersebut, seramai 938,751 pengguna yang berdaftar membida nombor pendaftaran tersebut melalui sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian (JPJeBid).
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Daripada jumlah itu, seramai 2,057 pembida berjaya dengan nombor yang dibida sebanyak 2,070.
Mohd. Misuari memberitahu, bagi siri nombor pendaftaran utama, harga minimum ditetapkan sebanyak RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800) dan nombor biasa (RM300).
Katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan sistem JPJeBid diperkenalkan bermula dengan siri DDP hingga DEM, JPJ Kelantan telah mengutip sebanyak sebanyak RM40,147,112.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI