ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pencuri tabung ekzos maut kena hempap Honda Accord

Berita Tempatan

Views

Malang menimpa seorang pencuri apabila maut dihempap kereta ketika cuba mencuri tabung ekzos kenderaan tersebut di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang di Kuala Langat, semalam.

Menurut KOSMO!ONLINE, lelaki berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian antara pukul 4 hingga 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan dari pembantu perubatan Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang telah merawat seorang pesakit warga tempatan yang terbaring dan meninggal dunia di tepi sebuah kenderaan jenis Honda Accord.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Katanya, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati suspek dan rakannya dipercayai sedang mencuri tabung ekzos kereta.

Pengangkat (jack) kereta digunakan mereka secara tiba-tiba telah terjatuh dan menghempap suspek yang berada tengah-tengah bahagian kereta dibawah tabung ekzos kenderaan tersebut.

Susulan itu, suspek kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Ujar Ahmad Ridhwan, semakan mendapati suspek yang meninggal dunia itu mempunyai sembilan rekod lampau iaitu tujuh jenayah dan dua dadah.

Polis turut berjaya menahan rakan suspek berusia 32 tahun yang merupakan warga tempatan kira-kira pukul 10.45 pagi hari sama di di sekitar kawasan Telok Panglima Garang.

Semakan turut mendapati suspek kedua ini juga mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan kes curi ekzos dan pecah rumah serta dua rekod narkotik.

Beliau menegaskan permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply