ARKIB

KATEGORI

Buletin

Notis rentas negeri yang tular telah diturunkan

Berita Tempatan

Views

Notis ditampal di sebuah balai polis di Kuala Lumpur yang menuntut alasan serta bukti kukuh diperlukan untuk permohonan rentas negeri selain bukti aktiviti setiap hari dipohon berikutan kejadian melibatkan instafamous telah diturunkan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon bagaimanapun tidak menyatakan sebab notis itu diturunkan, namun menyatakan kebenaran rentas negeri hanya dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai alasan yang sah.

Katanya, semua pemohon yang ingin melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) harus menunjukkan bukti, baik untuk pekerjaan atau hal-hal lain. Pegawainya telah diingatkan bahawa mereka yang ingin melakukan perjalanan kerja mesti menunjukkan bukti dan tidak hanya mengeluarkan izin sesuka mereka.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Sebelum ini, selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung gambar dan video tular pasangan itu bersiar-siar di pulau peranginan Langkawi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP). Pada 12 Mac lalu juga, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri instafamous (pensohor media sosial) yang didapati menyalahgunakan permit rentas negeri untuk tujuan berbulan madu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply