ARKIB

KATEGORI

Tular

Campak dan sepak makanan pelanggan, tindakan ‘Abang rider’ undang kecaman warganet

Tular

Views

Tindakan seorang penghantar makanan mencampak dan menendang bungkusan makanan yang diambil dari sebuah kedai makan untuk dihantar kepada pelanggan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Perbuatannya itu dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam bangunan kedai terbabit.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Video berdurasi 12 saat itu menjadi tular di media sosial sejak semalam, selepas ia dimuat naik di laman Twitter, Malaysia Most Viral.

Tindakannya itu turut disedari oleh pekerja kedai makan termasuk seorang lelaki yang berada di sana yang terus menegur dan bertanya punca individu terbabit bertindak demikian.

Terkesan dengan video tular itu, ramai yang meninggalkan kata-kata kecaman di ruangan komen. “Tiga kali rezeki tu bang kau sepak, punca rezeki, rezeki orang makan dan rezeki orang kedai .

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Semoga maju jaya kalau Allah boleh tarik rezeki kau pula lepas ini,” kata Fitri Neykan. “Makanan kot . Yang pergi tendang kenapa? Kalau geram macam mana pun ish la,” ciap @nmrsli.

“Bang, kalau macam ini perangai baik tak payah kerja duduk sahaja rumah makan pasir jangan memekak nanti tak ada duit.

Kau kalau tak ada ‘mood’ tak ada siapa pun paksa ambil order (pesanan) kau tutup sahaja lah apps (aplikasi) kau, selesai bagi orang yang ikhlas sikit cari rezeki daripada bagi dekat kau dapat macam ini,” tegur @bnvggett. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply