Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Negeri Sembilan dalam Op Khas Ekzos Bising di sekitar negeri ini bermula 1 Disember lalu.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Menurut UTUSAN, Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, operasi yang bermula pukul 6.30 hingga 8.00 pagi itu dijalankan bagi mengesan kenderaan yang mengubah suai bahagian ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu orang ramai.
Katanya, hasil Op Khas Ekzos Bising yang dijalankan pada 1 Disember lalu, sebanyak 215 buah kenderaan diperiksa dengan 96 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Tambah beliau, sebanyak lima saman bagi kesalahan mengubah suai ekzos dikeluarkan ke atas lima buah motosikal.
Menurut Ahmad Dzaffir, sebuah motosikal juga disita atas kesalahan ekzos bising dan pengubahsuaian yang keterlaluan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ujarnya lagi, kenderaan yang disita akan diserahkan semula kepada pemiliknya setelah diambil tindakan dengan menukar kepada ekzos asal kenderaan tersebut.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit IPK Negeri Sembilan
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI