Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke Siew Fook, kembali dipilih sebagai Menteri Pengangkutan di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Menurut Berita Harian, perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada sidang media khas di Putrajaya, malam ini.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban itu pernah memegang jawatan sama di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.
Berikut senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan:
- Perdana Menteri/ Menteri Kewangan – Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
- Timbalan Perdana Menteri /Menteri Perladangan dan Komoditi – Datuk Sri Fadillah Yusof
- Menteri Pengangkutan – Anthony Loke Siew Fook
- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Mohamad Sabu
- Menteri Ekonomi – Mohd Rafizi Ramli
- Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan – Nga Kor Ming
- Menteri Pertahanan – Datuk Seri Mohamad Hasan
- Menteri Kerja Raya – Datuk Alexander Nanta Linggi
- Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Saifuddin Nasution
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
- Menteri Pendidikan Tinggi – Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin
- Menteri Sains Teknologi – Chang Lih Kang
- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Nancy Shukri
- Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Datuk Seri Salahuddin Ayub
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Industri) – Datuk Seri Azalina Othman Said
- Menteri Sumber Asli Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim – Nik Nazmi Nik Ahmad
- Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi- Datuk Ewon Benedick
- Menteri Luar Negeri – Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
- Menteri Pelancongan – Datuk Seri Tiong King Sing
- Menteri Komunikasi Digital – Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
- Menteri Pendidikan – Fadhlina Sidek
- Menteri Perpaduan Negara – Ago Anak Dagang
- Menteri Agama – Datuk Mohd. Na’im Mokhtar
- Menteri Belia Dan Sukan – Hannah Yeoh Tseow Suan
- Menteri Sumber Manusia – Sivarkumar a/l Varatharaju Naidu
- Menteri Kesihatan – Dr. Zaleha Mustafa
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak) – Datuk Armizan Mohd Ali
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI