Ini satu perkongsian informasi menarik yang diambil menerusi laman Facebook sahabat kami Dr Aid Fawzal. Salah seorang pengikutnya di Twitter bertanyakan soalan mengenai betul atau tidak, buang atau cabut cermin sisi, motosikal akan menjadi lebih laju?
Ini jawapannya:
Ada dua kemungkinan:
- Memang betul lebih laju kerana dapat mengurangkan rintangan angin, atau
- Terasa laju disebabkan ‘kesan placebo’ atau ‘syok sendiri’.
Kemungkinan 1 – Memang betul lebih laju kerana dapat mengurangkan rintangan angin.
Motosikal yang berkapasiti kecil mempunyai nisbah kuasa yang kecil. Jadi, setiap perkara yang menghalang angin boleh memberi kesan dalam menentukan kelajuan maksimum yang mampu dicapai.
Contohnya, kita sering melihat geng ‘Mat Rempit’ melakukan aksi ‘Superman’, tetapi kita jarang lihat geng motosikal berkuasa besar melakukan perkara yang sama, kan?
Tujuan mereka berrbuat demikian adalah bagi mendapatkan lebih banyak kuasa enjin untuk menambah kelajuan, berbanding kuasa untuk melawan rintangan angin.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Kemungkinan 2 – Terasa laju disebabkan ‘kesan placebo’ atau ‘syok sendiri’.
Ada beberapa perkara yang bila kita buat perubahan, kesannya tidak ada tetapi kita sendiri yang merasainya, kan? Mungkin agak berat kalau nak kata syok sendiri, tapi inilah yang dinamakan sebagai ‘kesan placebo‘ (placebo effect).
‘Kesan placebo’ adalah fenomena dimana seseorang merasakan suatu tindakan itu memberi kesan (baik atau buruk) kepadanya secara langsung, padahal tindakan tersebut bukan sesuatu yang benar atau nyata.
Sebagai contoh, doktor memberikan preskripsi ubat dan anda merasa sihat. Sedangkan, ubat itu adalah sekadar gula-gula sahaja.
Dari sudut automotif pula, pernahkah anda berasa keenderaan lebih laju, lancar serta meningkat prestasinya selepas mencuci kenderaan tersebut?
Jika anda mempunyai latarbelakang kejuruteraan, perkara pertama yang bermain difikiran adalah faktor enjin sejuk, operasi lebih baik atau tiada kotoran pada permukaan.
Oleh yang demikian, ia akan mengurangkan rintangan angin dan sebagainya. Namun, ia adalah sekadar andaian kita untuk mengeyakan keadaan itu sahaja.
Jadi disini, kita ada dua kemungkinan:
Kemungkinan pertama adalah benar sekiranya saiz cermin sisi motosikal anda besar sehingga ia memberi rintangan angin yang banyak. Juga kapasiti enjin motosikal kecil dan terkesan dengan rintangan angin tersebut.
Sebaliknya, kemungkinan kedua juga boleh jadi benar jika cermin sisi motosikal itu kecil je dan tidak memberi rintangan angin yang banyak. Cuma anda sahaja yang merasainya.
Untuk memastikan mana yang betul, anda boleh mengujinya sendiri. Cuba uji di kawasan persendirian atau di litar. Kalau nak mengujinya di jalan raya, tolong jangan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain!
Menurut R. Bernard, (2010), Road Vehicle Aerodynamic Design, cermin sisi pada sesebuah kereta menyumbangkan sebanyak 3 hingga 6 peratus daripada jumlah keseluruhan daya seretan. Jadi, kena nisbahkan antara nilai daya seretan dengan kuasa enjin.
Apapun, sila patuhi undang-undang jalan raya. Jangan dek kerana nak tambah laju sedikit anda membahayakan diri sendiri atau orang lain, itu belum masuk bab kena saman dengan pihak berkuasa lagi. Fikir-fikirkanlah ya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI