ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Khas Penjaja Jalanan: Kantoi sorok jeruk dalam longkang, tepi loji kumbahan

Berita Tempatan

Views

Bagi mengelakkan tindakan pihak berkuasa, sekumpulan penjaja jeruk buah-buahan sanggup menyimpan dan menyorok produk berkenaan di dalam longkang dan berhampiran loji kumbahan.

Berita Harian melaporkan, perbuatan itu terbongkar apabila Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Johor mengadakan Op Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan Bandar Baru Uda, di Johor Bahru, pada jam 2.30 petang kelmarin.

Ketua JSPT Johor, Superintendan M Kumarasan, berkata operasi itu diadakan susulan aduan yang diterima mengenai aktiviti penjaja jalanan yang semakin berleluasa di sekitar kawasan Johor Bahru.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Katanya, ia operasi berkala bagi menangani isu penjaja jalanan. Berdasarkan statistik dan data yang diperoleh, sebanyak 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan dikenal pasti dan tumpuan utama adalah persimpangan lampu isyarat di laluan utama.

Katanya, hasil operasi mendapati bungkusan jeruk disorok di lokasi yang tidak sepatutnya, iaitu dalam longkang dan berhampiran kawasan kumbahan bagi mengelak dikenakan tindakan oleh penguat kuasa.

Ia sikap tidak bertanggungjawab dan memandang remeh isu kebersihan makanan serta risiko penyakit bahaya yang boleh disebarkan sekiranya ia tercemar.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Sikap individu yang mencari jalan mudah, meraih simpati pengguna jalan raya dengan menggajikan pekerja asing menjaja jeruk tanpa mengira risiko dan bahaya kepada diri sendiri serta pengguna, boleh mengundang kemalangan.

Kumarasan berkata, aktiviti menjaja di jalan awam adalah menyalahi peraturan serta undang-undang dan mereka yang menjalankan urusan jual beli di lokasi terbabit boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 10A (1) dan Kaedah 10A (2) LN 166/59 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000.

Tambah beliau, mengikut undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan, ia juga melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan kompaun serta sita semua barang-barang yang dijaja.

Beliau turut meminta pihak terbabit menghentikan aktiviti menjaja di jalan awam bagi mengelak kejadian tidak diingini khususnya kemalangan maut dan gangguan kelancaran trafik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Johor

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply