ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota acah video GR Corolla, buat kemunculan global pada 31 Mac

Berita Global

Views
The All-New GR Sports car

Toyota secara rasminya mengumumkan  yang mereka bakal memperkenalkan sebuah model Gazoo Racing (GR) baharu pada 31 Mac 2022 untuk pasaran Amerika Utara. Meskipun tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut, besar kemungkinan ia adalah GR Corolla.

Seperti yang dijangka, model yang berasaskan Corolla versi hatchback itu bakal menampilkan fender hadapan lebih sporty dengan liang udara kemasan hitam berkilat termasuk lencana GR.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan skirt sisi yang diukir perkataan “GR-Four” dan sistem pacuan semua roda yang dikawal secara elektronik. Pada model GR Yaris, ia menawarkan tiga mod berbeza seperti Normal, Sport, dan Track.

Model ini dijangka turut berkongsi enjin turbocas 1.6 liter tiga silinder yang sama dengan GR Yaris. Enjin ini mampu menjana 257 kuasa kuda dan 360 Nm daya kilas, sekali gus membolehkan model hatchback itu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.5 saat dan mencapai kelajuan puncak 230 km/j.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Walaubagaimanapun, Toyota telah pun membuktikan yang enjin itu berpotensi menghasilkan lebih kuasa kerana model edisi terhad GRMN Yaris mampu menjana 268 kuasa kuda dan 390 Nm daya kilas.

Apa yang pasti, enjin yang akan menjadi nadi kepada GR Corolla itu nanti akan lebih berkuasa berbanding dengan enjin 2.0 liter empat silinder pada model standard yang menjana 168 kuasa kuda dan 205 Nm daya kilas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply