ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penjaja lampu isyarat di Terengganu bakal berdepan hukuman penjara dan denda

Berita Tempatan

Views

Portal Terengganu Today hari ini melaporkan, penjaja pelbagai jenis makanan di persimpangan lampu isyarat di Terengganu yang tidak menghentikan aktiviti itu bakal berdepan hukuman penjara dan denda sehingga RM100,000 sekiranya didakwa di mahkamah.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Timbalan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Wan Hapandi Wan Nik berkata, keputusan itu dibuat disebabkan tempoh akhir dibenarkan untuk aktiviti perniagaan tidak sah itu telah berakhir November lalu. Menurut beliau, peringatan terakhir telah pun diberikan kepada penjaja-penjaja yang masih ingkar melanggar peraturan selepas tarikh akhir diberikan ketika rundingan telah tamat sebelum ini.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Jelas beliau, pihaknya telah memutuskan untuk melaksanakan operasi bagi fasa pertama bermula hari ini hingga 31 Disember bagi memastikan keselamatan penjaja dan keselesaan pengguna jalan raya. Kata Wan Hapandi, operasi itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Beliau berkata demikan pada sidang media Operasi Bersepadu Penjaja di Wisma Darul Iman. Wan Hapandi berkata, penguatkuasaan akan dibuat berdasarkan peraturan-peraturan antaranya Peraturan Lalulintas 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Kecil Penjaja di bawah Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Brehi Makang

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply