ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ops Ambang Tahun Baharu 2022, lima pemandu mabuk ditahan

Berita Tempatan

Views

Sembilan pengguna jalan raya ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk memandu dalam keadaan mabuk dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah menerusi Ops Ambang Tahun Baharu 2022 yang dijalankan di seluruh negeri ini, malam tadi.

Menurut K! ONLINE, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, pemandu yang ditahan melibatkan lima mabuk, dua positif dadah dan masing-masing satu memandu secara berbahaya serta menggunakan nombor pendaftaran palsu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Katanya, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 55 tahun. Operasi yang dijalankan bagi membanteras kegiatan memandu secara mabuk dan merbahaya itu melibatkan 13 sekatan jalan raya di seluruh negeri ini.

Tambah beliau, pihaknya turut menjalankan Op Samseng Jalanan bertujuan untuk mencegah aktiviti rempit dalam kalangan remaja yang mana 18 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan.

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Sepanjang operasi itu, pihaknya turut mengeluarkan 230 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik hasil pemeriksaan ke atas 492 kenderaan dan 598 individu

Dalam pada itu, Kumarasan turut memaklumkan pihaknya telah melakukan 3,721 operasi sepanjang tahun 2021 dengan 1,320 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan.

Tambah beliau lagi, tangkapan paling banyak dibuat melibatkan pemandu mabuk iaitu seramai 680 individu, diikuti 399 individu atas kesalahan samseng jalanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Johor

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply