ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS tutup Plaza Tol Ebor, seorang kakitangan positif COVID-19

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan hari ini telah mengesahkan seorang kakitangannya di Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk), disahkan positif COVID-19. Kakitangan tersebut, seorang Pembantu Khidmat Pelanggan, kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan kerajaan.

PLUS juga telah mengarahkan semua kakitangannya yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan terbabit supaya mengadakan pemeriksaan dan saringan kesihatan serta dikuarantin. Sehubungan dengan itu, Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) menghala ke Lebuhraya ELITE akan ditutup sementara mulai jam 12:01 pagi hingga 11:59 malam pada 19 Mac (Khamis) untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Oleh itu, pelanggan dari Shah Alam, Batu Tiga serta kawasan sekitar yang menghala ke KLIA, Putrajaya dan selatan dinasihatkan supaya memasuki lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield sepanjang tempoh penutupan tersebut.

PLUS mengambil peluang ini untuk menasihatkan semua pelanggan lebuh raya supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan dalam usaha menangani jangkitan COVID-19 menerusi penjarakkan sosial dan mengelakkan tempat-tempat sesak.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Pada masa yang sama, R&R PLUS pada ketika ini hanya menyediakan jualan makanan secara bungkus dan semua medan selera ditutup bagi mengelakkan pelanggan berkumpul. Selain itu, pelanggan yang beragama Islam dinasihatkan supaya membawa sendiri kelengkapan beribadat seperti sejadah, kain pelikat ataupun telekung untuk solat di surau R&R.

PLUS juga menasihatkan pengunjung R&R yang berhenti untuk membeli makanan supaya beratur di dalam jarak 1 meter di antara satu dan lain. Hanya seorang wakil dari setiap kenderaan dibenarkan untuk keluar membeli makanan dari gerai R&R bagi pihak penumpang yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply