ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ops Hari Raya Aidilfitri: 45,973 kesalahan pandu melebihi had laju dan langgar lampu isyarat merah direkodkan

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 sebanyak 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju telah direkodkan dengan jumlah ketidakpatuhan sebanyak 0.75 peratus.

Menurut KOSMO! ONLINE, jabatan tersebut menerusi kenyataan di Facebook rasminya berkata, dalam tempoh tersebut juga sebanyak 4.7 juta buah kenderaan telah direkodkan melepasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di lebuh raya seluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1.5 juta buah kenderaan telah melalui kamera Awas di lampu isyarat dengan 10,355 kenderaan direkodkan melanggar lampu isyarat merah bersamaan 0.66 peratusan ketidakpatuhan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera Awas ini merupakan antara lima kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

Jelas JPJ, sekiranya disabitkan kesalahan, pemandu yang terlibat boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 di bawah Seksyen 79, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, pengguna jalan raya yang melanggar kedua-dua kesalahan itu juga akan direkodkan dengan tindakan sehingga empat mata demerit berjadual di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) bagi setiap kesalahan.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Ia adalah berpandukan Subseksyen 40(1) atau Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan dan sistem mata demerit ini akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

Mengulas lanjut, JPJ memaklumkan, sebanyak 45 Kamera Awas telah beroperasi sepenuhnya membabitkan 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju manakala 16 kamera lagi bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Objektif akhir pelaksanaan Kamera Awas adalah bertujuan untuk meningkatkan pematuhan terhadap had laju dan lampu isyarat serta mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya.

Penguatkuasaan secara pengesanan teknologi digital ini telah menjadi amalan antarabangsa yang terbukti efektif dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta akan dapt meningkatkan reputasi negara setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply