ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis bantu lelaki kendong anak dengan kain pelikat di lebuh raya

Berita Tempatan

Views

Polis membantu seorang penunggang motosikal yang mengendong anak dengan ikatan kain pelikat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), semalam.

Menurut KOSMO! ONLINE, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan berkata, kejadian terbabit berlaku di Kilometer 435.1 Latar arah selatan kira-kira pukul 4 petang, semalam.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Melihat kepada situasi itu, pasukan peronda telah menahan penunggang motosikal terbabit. Hasil soal siasat mendapati kanak-kanak lelaki yang dikendong itu adalah anak kandungnya berumur sembilan tahun dan sedang dalam perjalanan ke Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas pulang beraya di Batu Gajah, Perak.

Menurut kenyataan itu lagi, polis menasihatkan individu berkenaan bahawa pelakuan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya dan pengguna jalan lain.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Atas faktor keselamatan, pasukan peronda telah mendapatkan kebenaran Komander Lebuhraya Zon Tengah A dan Gerakan Trafik untuk membawa dan menghantar kanak-kanak itu sambil diiringi ayahnya hingg ke kediaman mereka di Flat Selayang, Jalan Chow Kit 4, Kuala Lumpur.

Justeru, pihak polis menasihatkan pengguna lebuh raya agar lebih peka dengan soal keselamatan dan berhati-hati semasa pemanduan di musim perayaan.

Semalam, Op Selamat 18 telah menyaksikan pertambahan kenderaan di Lebuhraya utama negara, yang mana warga kota kembali pulang ke ibu negara selepas menyambut perayaan Aidilfitri di kampung halaman.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply