ARKIB

KATEGORI

Buletin

OSTWA 10 berjaya kutip RM611,000 saman tertunggak warga Singapura

Berita Tempatan

Views

Operasi Saman Tertunggak Warga Asing ke-10 (OSTWA 10) yang dijalankan selama dua hari di Johor Bahru yang berakhir semalam telah berjaya mengutip RM611,000 membabitkan 3,174 saman tertunggak kenderaan warga Singapura. Menurut Berita Harian, sebuah kenderaan Singapura yang memiliki 116 saman membabitkan nilai RM28,000 antara yang ditahan dalam operasi itu.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata OSTWA 10 dilaksanakan serentak di dua lokasi iaitu Kawasan Rehat dan Rawat Gelang Patah dan Muzium Tokoh Jalan Lingkaran Dalam, bagi kedua-dua pintu keluar Malaysia ke Singapura.

Katanya, jumlah saman tertunggak kenderaan warga Singapura sejak tahun 2000 hingga tahun ini adalah sebanyak 247,278 membabitkan nilai lebih RM10 juta. Sepanjang dua hari operasi, sebanyak 3,174 saman sudah diselesaikan membabitkan 2,687 warga Singapura dan 487 saman warga tempatan selain 198 saman baharu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika mengadakan lawatan dan memantau OSTWA 10 di Muzium Tokoh Jalan Lingkaran Dalam, semalam. Mohd Nadzri berkata, operasi berkenaan juga sebagai langkah persediaan kepada warga Singapura untuk menyelesaikan saman tertunggak mereka sebelum pelaksanaan permit kemasukan kenderaan bermotor asing (VEP) yang dijangka berkuatkuasa pada bulan hadapan.

Tambahnya lagi, operasi saman tertunggak kenderaan warga asing bukan saja dilaksanakan di Johor, malah ia membabitkan sempadan negara termasuk di utara (kenderaan Thailand) dan Sarawak serta Sabah (kenderaan Brunei dan Indonesia). Seramai 116 pegawai dan anggota turut serta sepanjang tiga hari operasi berkenaan dilaksanakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Johor

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply