ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sembilan pemenang bertuah bawa pulang kereta Honda

Berita Tempatan

Views

Kempen “Road to 900,000th Unit Milestone Campaign” tiba ke kemuncaknya setelah kesemua sembilan pemenang bertuah menerima kereta masing-masing dalam acara penyerahan yang berlangsung di pakir terbuka Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Berikut adalah senarai pemenang bertuah dan model Honda yang dimenangi:

  • Mohamad Adib Fida’iy bin Mohamad Hanapi – Honda Civic
  • Lim Hong Ngee – Honda HR-V
  • Nik Siti Nurhidayah Juhan – Honda HR-V Hybrid
  • Yasmoon binti Osman – Honda City
  • Fong Yee Wern – Honda City Hybrid
  • Ee Shi Lin – Honda Jazz
  • Chester Lim – Honda BR-V
  • Lim Hock Kuang – Honda CR-V
  • Muhamad Abdul Hadi bin Junus – Honda Accord

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, En. Toichi Ishiyama berkata mereka sangat berterima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong mereka, sekaligus menjadikan Honda sebagai jenama kereta yang dipercayai di Malaysia. Mereka juga gembira kerana telah mencapai unit jualan yang ke-900,000 sejak ditubuhkan pada 2002.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Tambahnya lagi, kempen ini lebih istimewa kerana buat pertama kali Honda Malaysia berkolaborasi bersama jenama tempatan seperti Astro Radio, Tealive dan unifi. Sepanjang tempoh kempen, mereka menerima maklum balas yang menggalakkan dan peyertaan aktif dari rakyat Malaysia. Lebih dari 122,000 penyertaan telah diteima hanya dalam masa dua bulan.

Sejak Honda Malaysia mengeluarkan model kereta pemasangan tempatan (CKD) pertamanya, CR-V pada 2003, ia telah berjaya menyumbang jualan terbanyak syarikat sehingga 95 peratus dan baki 5 peratus lagi menerusi model diimport sepenuhnya (CBU). Secara keseluruhan, City menjadi penyumbang jualan terbanyak iaitu 37 peratus, diikuti Civic 15 peratus, dan CR-V 11 peratus.

Pada tahun 2013, Honda Malaysia secara konsisten mengembangkan jumlah rangkaian pengedar dan setakat ini mereka mempunyai 98 pengedar di setiap negeri dan bandar utama di Malaysia. Disokong oleh permintaan kukuh, Honda Malaysia membina barisan pemasangan kedua di kilang Pegoh pada 2014 bagi meningkatkan kapasiti pemasangan tempatan.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Ketika ini, Honda Malaysia memasang sembilan model utama antaranya Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, Civic, BR-V, HR-V, HR-V Hybrid, CR-V dan Accord. Dari rekod jualan untuk bulan Januari hingga Ogos 2019, tiga model terlaris mereka adalah City dengan 33 peratus, diikuti oleh HR-V dan CR-V, yang masing dengan18 peratus dand 14 peratus.

Untuk menjadikan Honda Malaysia sebagai peneraju dalam mobiliti termaju, mereka memperkenalkan tiga teras Teknologi Masa Depan Termaju Honda di Malaysia, iaitu Honda SENSING, Pengecas turbo dan Sport Hybrid i-DCD yang kini diterima baik di pasaran.

Pusingan Akhir kempen “Road to 900,000th Unit Milestone Campaign” ketika ini sedang berlangsung sehingga hari ini, di mana para pengunjung dapat menyaksikan pratonton model Civic facelift serta model-model Honda yang lain. Pelbagai aktiviti lain turut disediakan termasuklah Gelongsor Air Gergasi sepanjang 360 kaki, paparan Insta-Luminous, permainan Realiti Maya (VR) dan pelbagai aneka makanan di mini pesta makanan.

Pengunjung juga boleh merasai pengalaman Teknologi Termaju Honda menerusi aktiviti permainan interaktif seperti Pengimbas X-ray Sport Hybrid i-DCD selain Sport Hybrid i-DCD and VTEC Turbocharged
Game Tower.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply