ARKIB

KATEGORI

Buletin

Padan la berani sangat tunjuk aksi berbahaya atas motosikal, rupanya ada yang positif dadah

Berita Tempatan

Views

Tindakan sekumpulan remaja berlagak sebagai samseng jalanan di beberapa lokasi di sekitar daerah ini, akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis. Harian Metro melaporkan, tujuh remaja lelaki ditahan kerana melakukan aksi berbahaya di atas motosikal yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain sebelum tiga daripadanya didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, tujuh remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Persiaran Tasik Senangin, Mahkota Hill Lenggeng, dekat Nilai, petang semalam.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Katanya, pada jam 5 petang semalam, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai membabitkan lima pegawai dan 36 anggota menjalankan Op Samseng Jalanan di lokasi berkenaan. Hasil risikan dan intipan mendapati sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi merbahaya di atas motosikal.

Tambah beliau, mereka turut dilihat bersaing sesama sendiri hingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Beliau berkata, polis menahan 76 motosikal di atas pelbagai kesalahan dan 327 saman dikeluarkan atas 350 kesalahan dilakukan.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Menurutnya, empat remaja lelaki ditangkap mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala tiga lagi remaja lelaki ditangkap mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya (ADB) 1952 kerana positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan terhadap mereka.

Mohd Fazley berkata, sebanyak 18 motosikal disita dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Nilai untuk tindakan lanjut. Kata beliau lagi, polis akan terus menjalankan operasi seperti ini dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan samseng di jalanan, yang menggugat ketenteraman awam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Nilai

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply