ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Jimny generasi baharu kini di Malaysia – Diimport oleh Hamza Motors

Berita Tempatan

Views

Nampaknya peminat automotif di Malaysia tidak lagi ‘kempunan’ untuk memiliki model Suzuki Jimny generasi baharu kerana ia telah dibawa masuk oleh pengedar kereta import terpakai Hamza Motors yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Namun ia bukanlah model serba baharu dan merupakan unit terpakai dar Jepun keluaran tahun 2018.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Dua versi ditawarkan, iaitu Suzuki Jimny 4WD 660cc DOHC turbo yang dipadankan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik, dan Suzuki Jimny Sierra 4WD 1.5 liter yang dipadankan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Harganya pula agak keras, untuk versi Suzuki Jimny 4WD 660cc DOHC turbo, harga yang ditawarkan adalah RM168,000 dan bagi Suzuki Jimny Sierra 4WD 1.5 liter pula, tanda harga yang diletakkan adalah RM198,000.  Memang mahal weh! Tak padan dengan kecik.

Kalau anda berminat dengan SUV kecil ini, boleh terus hantarkan PM ke admin Hamza Motors – TTDI! Sebelum membeli, kami sarankan anda semak statusnya dulu menerusi laman web Scrut.my. Beringat sebelum kena!

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply