ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu lawan arus dalam keadaan mabuk – Peraih ikan dituduh membunuh dan tidak boleh dijamin

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, seorang peraih ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini, atas tuduhan membunuh Irwan Herman Kamarudin yang maut selepas keretanya dirempuh kenderaan dipandu melawan arus dekat Jalan Pintasan Kuantan, minggu lepas.

Teoh Kian Peng, 42, yang berkemeja-T putih dan berseluar pendek hitam kelihatan tenang, mengaku faham terhadap pertuduhan ke atasnya yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Tertuduh yang berasal dari Tanah Putih di sini, didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran stesen minyak Petronas di Jalan Pintasan Kuantan di sini pada 9.20 malam, 25 Mei lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abd Ghani, tidak menawarkan jaminan memandangkan pertuduhan itu merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin dan memohon supaya tertuduh direman di Penjara Penor di Kuantan, sementara menunggu perbicaraan.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Kata beliau, pihanknya juga memohon diberikan tarikh sebutan bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan empat laporan iaitu bedah siasat, kimia, forensik dan laporan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). Tertuduh diwakili peguam Tay Yi Kuan dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Julai.

Irwan Herman, 41, penyelia di Alam Flora Sdn Bhd, maut selepas kereta Toyota Yaris yang dipandunya dirempuh kenderaan pacuan empat roda Toyota C-HR dipandu seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Siasatan awal polis mendapati kenderaan C-HR itu dipandu secara melawan arus sejauh tujuh kilometer dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu sebelum bertembung dengan kereta mangsa yang dalam perjalanan ke Gebeng di sini untuk bekerja syif malam pada hari kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply