ARKIB

KATEGORI

Buletin

Roslan Abdullah dilantik sebagai Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran baharu Proton

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini mengumumkan pelantikan Encik Roslan Abdullah sebagai Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran syarikat yang baharu. Pada masa yang sama juga, beliau turut dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd (PESB) berkuatkuasa 1 Jun 2020.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Setelah hampir tiga dekad berkecimpung di dalam sektor automotif, Encik Roslan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas berkaitan landskap automotif di Malaysia. Beliau pernah menyandang jawatan di bahagian kewangan, operasi dan jualan.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Sebelum menyertai Proton, pemegang Ijazah Kewangan & Perakaunan dari University of Brighton, United Kingdom ini memantau operasi di DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd (DEFTECH). Pelantikan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Proton bagi mencapai matlamat dan objektif jangka panjang syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, syarikat amat mengalu-alukan kehadiran beliau untuk menjadi sebahagian daripada Proton dan mereka mengharapkan agar beliau dapat membantu meningkatkan prestasi syarikat pada waktu yang mencabar ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply