ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu lawan arus, pemandu Vios positif dadah ditahan

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita ditahan kerana memandu melawan arus di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di Johor Bahru, awal pagi semalam.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, Toyota Vios dipandu melawan arus oleh suspek, 30, merempuh bahagian hadapan dan sisi kanan sebuah Proton Saga di lokasi kejadian.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, mengesahkan kejadian itu termasuk penahanan suspek yang mana video kemalangan terbabit turut tular di media sosial.

Jelasnya, tiada kecederaan dialami pemandu kedua-dua kenderaan yang terbabit kemalangan itu, dengan hasil ujian saringan awal air kencing mengesahkan wanita yang memandu melawan arus itu positif dadah jenis amphetamine.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Kes kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu tular di media sosial video memaparkan kemalangan secara berhadapan membabitkan dua kereta di jalan sehala itu.

Dalam pada itu, Rupiah menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan ini menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-556 3122.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohd Aliff Shadiqin III

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply