ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Xpander dominasi segmen MPV bukan nasional

Berita Tempatan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, menutup Tahun Kewangan 2021 (April 2021 – Mac 2022) dengan cemerlang meskipun dua tahun terjejas oleh wabak Covid-19.

MMM berjaya menjual 19,217 unit pada TK21, meningkat 66 peratus walaupun Jumlah Jualan Industri (TIV) menyusut sebanyak 6.7 peratus, berbanding tempoh yang sama pada Tahun Kewangan 2020 (April 2020- Mac 2021).

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ini sekali gus meletakkan mereka dalam carta tiga tempat teratas kategori automotif bukan nasional. Mitsubishi Xpander terus mendominasi segmen MPV bukan nasional di Malaysia selain menjadi model terlaris Mitsubishi Motors.

Crossover tujuh tempat duduk telah menutup tahun kewangan dengan jualan 9,065 unit, menyumbang 47.2 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan syarikat.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Trak pikap Mitsubishi Triton turut mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh hampir 21.4 peratus dengan jualan sebanyak 9,420 unit pada FY21. Ini turut menyaksikan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding FY20.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda, lanjutan pengecualian SST membolehkan pelanggan menikmati penjimatan tambahan, di samping memberikan masa untuk mereka memenuhi semua tempahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply