ARKIB

KATEGORI

Tular

Pandu melawan arus, pemandu teksi Exora bebas bahan terlarang

Tular

Views

Pemandu teksi berusia 70 tahun memandu melawan arus sejauh 40 meter kelmarin sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain disiasat polis.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang apabila teksi itu melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya di persimpangan lampu isyarat Jalan Putra Permai (AEON Taman Equine) Seri Kembangan, di Serdang.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Menurutnya, video berdurasi 11 saat itu turut tular di laman sosial media di mana siasatan awal mendapati pemandu teksi itu mengambil tiga penumpang di sebuah kondominium berhadapan AEON Taman Equine hendak menuju ke Maybank Taman Equine.

Apabila sampai di tempat kejadian pemandu teksi melalui laluan bertentangan tanpa membuat pusingan di bulatan Persiaran Pinggiran Putra 2.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Pemandu terbabit melawan arus sekitar 40 meter dan seterusnya membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat menuju ke Maybank Taman Equine.

Anbalagan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa).

Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pemandu teksi dan hasil keputusan ujian adalah negatif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply