ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandu melulu hingga akibatkan kematian 8 remaja: Wanita dipenjara enam tahun, didenda RM6k

Berita Tempatan

Views

Mahkamah Tinggi di Johor Bahru, hari ini, memerintahkan seorang kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 kerana kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Berita Harian melaporkan, ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Responden, Sam Ke Ting, 27, turut diperintah menjalani hukuman selama enam bulan penjara lagi sekiranya tidak membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam keputusannya terhadap rayuan kes berkenaan berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan dengan Mahkamah Tinggi turut memerintahkan tertuduh untuk membela diri.

Beliau berkata, mahkamah bicara didapati terkhilaf dalam menimbangkan semula isu dibangkitkan pada akhir kes pendakwaan berkaitan identiti pemandu kereta, kebolehterimaan eksibit dan tiada pengecaman atas mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply